
Sedania Sertai MAC di Hong Kong - Harian Metro

Mon 07 Dec 2009, 04:54 pm

SEDANIA, syarikat penyedia kandungan tempatan melangkah setapak lagi dalam usahanya untuk menguasai pasaran serantau dan antarabangsa dengan menyertai Mobile Asia Congress (MAC) 2009 yang berlangsung di Hong Kong pada Selasa (17/11/09) lalu sehingga hari ini (21/11/09) melalui dua anak syarikatnya, Sedania Travelneeds2u Sdn Bhd (ST2U) dan IdotTV Sdn Bhd (IdotTV).
Bagi IdotTV yang terkenal dengan aplikasi mudah alih dan sistem Tawarruq berdasarkan kredit mudah alih, pihaknya akan memperkenalkan aplikasi ‘Green Billing’ di pameran MAC 2009 kerana boleh menghantar penyata kewangan ataupun bil telefon secara elektronik ke alat mudah alih pelanggan.
Ia bukan saja dapat menjimatkan kos kertas, cetakan dan penghantaran bil malah boleh didapati bila-bila masa dengan lebih tepat.
Sementara itu, ST2U pula akan menyediakan perkhidmatan tambah nilai untuk industri perjalanan dengan memperkenalkan konsep Global Starter Pack (GSP).
Melalui GSP, pelanggan tidak perlu menanggung bil telefon yang tinggi apabila mengembara ke luar negara dan GSP juga akan dilengkapi dengan baucar jualan, nombor kecemasan dan lokasi tempat menarik.
Source from:
Bisnes - Harian Metro
20 November 2009
|
 |
 |
 |
|
Other News

Global Starter Pack (GSP) Program by ST2U
Wed 08 Sep 2010 09:45 am
»
read more

10 percent of GSP sales will be donated to RumahAnak Yatim Amal Kasih Bestari
Thu 02 Sep 2010 04:00 pm
»
read more

SEDANIA Travelneeds2u Eyes 20 New Partnership With Telcos By Year End
Tue 24 Aug 2010 09:11 am
»
read more

MSC Malaysia APICTA Award Applications Up By 40 Per Cent
Fri 13 Aug 2010 10:08 am
»
read more

SEDANIA Travelneeds2u meluncurkan SAFETRIP™, bagi wisatawan
Wed 26 May 2010 12:13 pm
»
read more

Past News and Events

For a complete list of past and present news and events,
click here
|
|
 |
 |
 |
|